Editors Picks

Wednesday, 27 April 2016

Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni

MUTIARA 1

Ibadat ialah kebahagiaan, kesolehan adalah keberhasilan, dan siapa yang terus berzikir, sentiasa beristigfar dan memperbanyak doa, maka ia adalah seorang hamba Allah yang soleh

MUTIARA 2

Sebaik- baik sahabat ialah orang yang anda percayai, anda rasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda padanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda.

MUTIARA 3

Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat .Dan jangan tunggu -tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti  anda ingin mempercepat datangnya kesedihan dan kesusahan.

MUTIARA 4

Coming soon....hehehe...

(update 28.4.2016)
Jangan sangka anda akan di berikan anugerah dalam segala hal, tetapi yakinlah bahawa anda akan dapat banyak kebaikan.Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka hal itu adalah mustahil.

No comments:

Post a Comment